Program Kesihatan Di Masjid Al-Falah, Sg. Nipah

Unit Media KPM telah menghantar wakil media melalui Setiausaha KPM untuk membuat liputan Program Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma bertempat di Perkarangan Masjid Al-Falah Sg. Nipah Darat. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi ini adalah anjuran Pertubuhan Belia 4B Parlimen Bagan Datoh dengan kerjasama petugas-petugas Kesihatan daripada Klinik Kesihatan Selekoh dan Klinik dalam Kawasan Bagan Datoh. Setiausaha KPM yang juga merangkap Pengurus Perniagaan PPK Bagan Datoh juga turut hadir. 

Ceramah Kesihatan berkenaan disampaikan oleh Dr. Nik Azli Bin Nik Arifin, Doktor Perubatan yang juga merangkap Pengerusi Belia 4B Parlimen Bagan Datoh. Ceramah kesihatan ini dihadiri oleh warga emas sekitar kawasan Sg. Nipah dan Sg. Balai Darat. Bekalan ubat-ubatan preskripsi juga dibekalkan percuma hasil sumbangan Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.





 Lagi gambar >> PROGRAM KESIHATAN DI MASJID AL FALAH, SG NIPAH 7 DIS. 2012

Selamat Datang


Selamat datang ke laman blog Kumpulan Peladang Muda Bagan Datoh


Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datoh

Powered by Blogger.