Pengenalan PP

image

Pertubuhan Peladang (PP) yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) merupakan Institut yang dimiliki oleh peladangpeladang. Mengikut Seksyen 7(3) Akta PP 1973, Ketua Pengarah LPP selaku Pendaftar PP telah mewakilkan sebahagian kuasanya kepada Pendaftar Tetap, Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak bagi negeri Sarawak, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kecuali kuasa untuk menubuh, mendaftar, menggantung dan memansuh PP. Keseluruhan prestasi yang dibentang sehingga 31 Disember 2008, merupakan pencapaian prestasi PP di bawah penyeliaan LPP sahaja yang melibatkan sebuah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), 12 buah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan 206buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
Objektif Pertubuhan Peladang
Objektif penubuhan PP adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan dan membaiki cara hidup ahli-ahli serta mewujudkan masyarakat peladang yang progresif, berdikari, makmur dan bersepadu.
Peranan Pertubuhan Peladang
Di antara peranan PP adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran peladang menerusi penyediaan perkhidmatan, meningkatkan pertumbuhan sector pertanian yang pesat menerusi usaha penyusunan semula pertanian. Di samping itu, PP berperanan untuk meningkatkan bidang perniagaan dan pertumbuhan pelaburan dalam bidang pertanian,meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti penghidupan peladang dan mengimbangi pembangunan perusahaan asas tani di kawasan luar bandar.
a)Bagi mengadakan perkhidmatan pengembangan dan kemudahan-kemudahan latihan kepada peladang-peladang bagi melengkapkan diri mereka dengan teknologi yang perlu bagi memajukan pertanian, perkebunan, penternak binatang-binatang, ekonomi rumahtangga, perniagaan dan lain-lain enterprais perniagaan;
b)Bagi meluaskan pengeluaran pertanian di kalangan peladang-peladang dan pekebun-pekebun kecil untuk mencapai perbagaian dan perniagaan pertanian yang lebih luas dan meluaskan dan memajukan perniagaan pertanian;
c)Bagi mengadakan bekalan-bekalan ladang dan keperluan-keperluan harian termasuk lain-lain kemudahan yang dikehendaki bagi perladangan yang progresif dan kehidupan luar bandar yang lebih baik;
d)Bagi mengadakan kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan kejenteraan ladang yang perlu bagi memodenkan usaha-usaha perladangan;
e)Bagi mengadakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan kredit dan bagi memajukan pelaburan yang lebih besar dalam bidang-bidang pertanian dan ekonomi;
f)Bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menawarkan perkhidmatan bagi simpanan wang luar bandar;
g)Bagi mengadakan perkhidmatan pemasaran, penyimpanan, kompleks pengeringan,penggudangan dan lain-lain kemudahan;
h)Bagi mengendali dan mengadakan kemudahan-kemudahan pengangkutan bagi menambah usaha-usaha pemasaran pertanian dan usaha-usaha yang berkaitan;
i)Bagi menubuh dan mengendalikan loji-loji memproses dan kompleks-kompleks mengilang yang perlu bagi memproses hasil pertanian;
j)Bagi membolehkan pembentukan modal dan pelaburan di kalangan ahli-ahli atau unit-unit ahlinya melalui penubuhan syarikat-syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usaha-usaha perdagangan dan perniagaan;
k)Bagi membantu ahli-ahli dalam memperolehi tanah dan menjalankan projek kemajuan tanah bagi faedah ahli-ahli;
l)Bagi menggalak dan memprgiat tindakan kumpulan melalui berbagai projek kemasyarakatan dan memudahkan kemajuan pimpinan;
m)Bagi mengadakan perkhidmatan sosial, kemudahan-kemudahan pendidikan dan rekreasi untuk menambah kemajuan sosial dan kebajikan keluarga perladangan;

Leave a Reply

Powered by Blogger.